Bagaimana saya boleh tercampak dalam program Dr Azizan Osman - Bahagian 1

Macam best je kan tajuk.. Kalau selama ni di dalam website ini saya hanya banyak post mengenai Baju Pengantin koleksi terbaru yang terdapat dalam Hannah Bridal, tapi hari ini saya ingin mula berkongsi pengalaman-pengalaman saya selama 5 tahun ini , jatuh bangun susah payah dan kisah-kisah yang tidak pernah dikongsikan dengan sesiapa.

Sebelum terlupa, untuk makluman, SEMUA barang dan baju pengantin yang dipost di dalam post sebelum ini sudah diambil-alih atau dijual kepada pemilik lain. Dan saya bermula dari tahun ini bermula semula dari asal iaitu beroperasi secara online sahaja dan homebased , bermodalkan Facebook page Busana Pengantin (yang dah berjaya mengumpul 23 ,000 ++ fans) dan blog ini sahaja.

Berbalik pada tajuk di atas, saya mula terjebak dalam program Doc Azizan Osman adalah hasil pengaruh mak saya , yang mula mengikuti program Dr Azizan secara percuma di Gambang tahun 2013 dan akhirnya mengikuti kelas IMKK berbayar menggunakan pakej VIP  seramai 6 orang.

Saya masih ingat lagi, masa program IMKK Julai, mak bersama adik saya, ibu saudara,ayah dan Pakngah saya semua tinggal di 'rumah' saya yang pada masa itu adalah bahagian belakang kedai Baju Pengantin saya di Bandar Mahkota Cheras. Saya rasa serba salah sebab tak dapat menyediakan tempat yang selesa untuk mereka. Almaklumlah ruang kedai, saya cuma ada 1 bilik kecil di belakang yang saya gunakan sebagai bilik dan ampaian baju, 1 tandas kerana tandas yang kedua digunakan untuk meletak mesin basuh, dan ruang tamu yang hanya terpisah dengan tirai yang dibuat sendiri dengan kain jersi yang digunakan untuk memasang pelamin sebelum ini.

Hari pertama mereka balik IMKK (Intensif Mentor Kejayaan dan Kekayaan) mereka sungguh bersemangat, seronok,saling memeluk masing2, bergembira. Saya yang tengok jadi hairan, dan terpikir, apalah yang membuatkan diorang jadi macam tu.. Jadi risau sebab takut 'tertipu' dengan marketing strategy atau mungkin Doc Azizan pakai ayat-ayat menarik yang membuatkan mereka mudah terpengaruh. Tah macam-maca lagi di benak saya.. takut kalau mereka selepas ini tanpa sedar akan menghabiskan lebih banyak wang untuk program-program lain Doc Azizan. Tapi dalam masa yang sama.aura yang mereka bawakan buatkan saya juga turut ada sedikit bersemangat masa tu.

Selepas IMKK July emak saya juga menghadiri IJI (Intensif Jutawan Industri) bertemankan Pak ngah saya.
Apa yang saya seronok bila mak menyertai program-program ini adalah emak selalu datang KL dok 'rumah' saya. Jadi taklah bosan sangat.

Emak mula mencadangkan saya memasuki program Dr Azizan dan dia meng-offer dirinya untuk menjaga anak-anak saya. Saya masa tu rasa bercampur baur. Rasa suka ada, rasa risau ada (takut nanti akan berhabis duit pergi seminar je). Tapi jenis saya, sebelum buat apa-apa saya akan google dulu. So saya google tentang Dr Azizan. Banyak yang saya temukan negatif tapi saya baca semua. Dan dapat saya simpulkan yang saya akan pergi selagi tidak perlu keluarkan duit. Memandangkan mak saya yang bayar jadi saya pergi sahaja.

Maka December 2013 itulah pertama kali saya menghadiri program Doctor Azizan Osman iaitu IMKK.



IMKK ADALAH PROGRAM YANG BETUL-BETUL MEMBUKA MATA HATI SAYA..



To be continued..









Comments